fbpx
KUMPULAN k-pop terbaharu, TRI.BE.

Doom Doom Ta, Loca debut TRI.BE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERSEDIA untuk melakar sejarah antarabangsa, kumpulan idola K-pop pertama yang dilahirkan Universal Music Group, TRI.BE baru sahaja melancarkan album debut sebagai salam pengenalan dalam industri pada 17 Februari lalu.

Album tersebut mengandungi dua buah lagu iaitu single debut Doom Doom Ta dan Loca yang merupakan hasil ciptaan sepenuhnya penerbit terkenal K-pop, S. Tiger.
Doom Doom Ta menggabungkan genre afrobeat dan moombahton dengan jalur universal yang mengetengahkan semangat kesejatian dan pemerkasaan diri.

Lebih menarik, video muzik rasmi lagu tersebut ditonjolkan berwarna-warni demi menampilkan keperibadian setiap anggota mereka dalam satu versi menarik.

Sementara itu, rentak bertenaga dalam lagu Loca pula disifatkan sebagai pembuka jalan TRI.BE mengumumkan kemunculan mereka dalam industri.

TRI.BE baru melancarkan debut dalam industri menerusi lagu Doom Doom Ta dan Loca pada 17 Februari lalu.

Sedikit pengenalan, nama TRI.BE berasal daripada gabungan perkataan segi tiga (triangle) yang merupakan simbolik kepada bentuk paling sempurna dan membawa maksud slogan ‘kita sempurna seadanya’.

Kemunculan TRI.BE dalam industri memperjuangkan mesej kepada peminat supaya mencintai diri sendiri dan membina keyakinan diri dengan melaungkan konsep utama mereka iaitu Girl Swag.

TRI.BE terdiri daripada tujuh ahli iaitu Song-sun (ketua, vokalis utama, penari utama), Kelly, Jinha, Hyunbin (rapper utama), Jia, Soeun dan Mire.

Sebelum rasmi membuat kemunculan perdana dalam industri, kesemua anggota kumpulan itu terlebih dahulu diperkenalkan dengan nama LIONGIRLS di bawah agensi Lionheart Entertainment pada Ogos tahun lalu.

Selain mempertaruhkan bakat nyanyian, mereka turut berkebolehan bertutur dan menyanyi dalam bahasa lain iaitu Inggeris, Cina dan Jepun.

Hal ini kerana, selain anggota berasal dari Korea Selatan, TRI.BE turut diserikan dengan beberapa ahli dari negara luar iaitu Jepun (Mire), Taiwan (Kelly) dan China (Jia).

POPULAR