fbpx

Skuad Perak faham kesulitan Mehmet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZUL HAKIM mengakui ada beberapa pasukan melamarnya ketika ini.

Oleh AZIZAN HASHIM

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang perasaan yang dirasai oleh penjaga gol utama Perak FC, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy apabila mengetahui ketua jurulatih, Mehmet Durakovic memutuskan untuk meninggalkan skuad The Bos Gaurus.

Hafizul berkata, tiada apa yang lebih penting daripada kesejahteraan ahli keluarga sendiri dan disebabkan itu dia faham dengan keputusan jurulatih berasal dari Australia tersebut.

“Jika saya di tempat beliau (Mehmet), pasti akan melakukan perkara yang sama. Tiada kompromi apabila berkaitan dengan keluarga.

“Saya faham apa yang dirasakan oleh jurulatih Mehmet apabila berjauhan dengan keluarga dan bersendirian di sini dalam keadaan dunia dilanda Covid-19.

“Tiada apa yang kami mampu lakukan apabila mendengar penjelasan dan alasan daripadanya. Apa pun, kami doakan segalanya dipermudahkan,” kata Hafizul yang mengakui Perak kerugian besar dengan pemergian jurulatih itu.

Mengenai pengganti Mehmet iaitu Chong Yee Fatt pula, Hafizul yakin beliau memiliki pengalaman dan berupaya merencanakan persiapan pasukan bagi menghadapi Liga Super bermula 5 Mac ini.

Katanya sebagai pemain profesional, siapa juga yang menjadi jurulatih bukan persoalan besar dan sehubungan itu tidak nampak sebarang masalah.

“Saya pernah dibimbing oleh Yee Fatt semasa beliau menjadi penolong jurulatih tetapi sebagai ketua jurulatih belum pernah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI