fbpx

Guna Jambatan Kedua Pulau Pinang elak kesesakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JSAHMS menyediakan laluan alternatif bagi pengguna keluar masuk ke bahagian pulau, Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) atau lebih dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang sentiasa bersedia untuk menjadi laluan alternatif bagi pengguna mengelakkan kesesakan untuk ke bahagian seberang dan pulau.

Menurut kenyataan Jambatan Kedua Sdn Bhd. (JKSB) JSAHMS bertindak sebagai laluan alternatif untuk ke bahagian utama pulau seperti di Batu Maung, Bayan Lepas dan Georgetown serta menyediakan lapan lorong yang merangkumi perkhidmatan Smart Tag, Touch n Go dan juga RFID.

Kata kenyataan itu, dengan kadar tol hanya sebanyak RM 5.74 (untuk kelas 1 sahaja; kenderaan persendirian atau penumpang), JSAHMS merupakan pilihan untuk para pengguna keluar masuk ke bahagian pulau.

“JSAHMS menghubungkan secara terus Batu Kawan kepada bahagian utama pulau dan menghubungkan Batu Kawan secara terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

“Para pengguna akan sampai ke kawasan yang dinyatakan di atas dengan lebih mudah tanpa pertu menempuh kesesakan yang serius,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jambatan Pulau Pinang mengalami kesesakan selepas pengguna melihat asap keluar menerusi jeriji besi di tengah jalan kira-kira pukul 4 petang, Isnin lalu.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, kejadian berlaku berikutan terdapat kebakaran kabel elektrik di bawah jambatan tersebut.

Kenyataan itu memaklumkan, tidak dinafikan, JSAHMS terletak lebih jauh daripada mod lintasan yang lain, tetapi jika dipertimbangkan dari segi kesenangan para pengguna, JSAHMS merupakan alternatif terbaik.

“Mempunyai kepanjangan sebanyak 16.9 kilometer di atas laut, akses yang mudah untuk ke JSAHMS dari Batu Kawan atau Lebuh Raya Utara Selatan adalah dengan mengikuti susur keluar atau Exit 1 57: E28 Persimpangan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

“JSAHMS juga turut mempunyai laluan khas untuk motorsikal dan tiada larangan masa bagi kenderaan berat untuk menggunakan JSAHMS,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI