fbpx

Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al Sultan Abdullah (tengah) ketika menerima menghadap Dr. Rais Yatim (kiri) dan Azhar Azizan (kanan) di Istana Negara tadi.

PETALING JAYA- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata,persidangan itu akan berkuatkuasa pada suatu tarikh difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Perkara itu termaktub di dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa- Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

“Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan Istana Negara tadi.

Terdahulu, Al Sultan Abdullah menerima menghadap Speaker Dewan Negara, Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI