fbpx

Jumpa bom mortar dalam kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu bom jenis Mortar ditemui dalam kebun getah di Kampung Lubuk Lawang Rompin, di sini, pagi tadi.

JEMPOL – Satu bom jenis Mortar ditemui dalam kebun getah di Kampung Lubuk Lawang Rompin, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, bom berkenaan ditemui oleh seorang penduduk orang asli yang telah memaklumkan penemuan berkenaan kepada penduduk lain untuk dilaporkan kepada polis.

Menurutnya, sebaik menerima maklumat anggota dan pegawai dari Balai Polis Rompin, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) serta Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan telah ke lokasi kejadian bagi membuat siasatan.

“Hasil siasatan mendapat terdapat sebutir bom peninggalan zaman perang dunia kedua jenis Mortar tanpa sebarang penandaan berukuran 60 milimiter ditemui di kebun berkenaan.

“Bom berkenaan telah berjaya dimusnahkan di dalam kawasan kebun getah Lubuk Lawang Rompin,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI