fbpx

Aston Martin, Red Bull ancaman besar Mercedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WOLFF memberi gambaran bahawa pasukan Aston Martin dan Red Bull menjadi ancaman terbesar Mercedes bagi saingan F1 musim 2021.

LONDON – Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff mula menilai cabaran yang mereka bakal hadapi menjelang perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini selepas banyak pa­sukan mahu mengatasi mereka.

Wolff menyifatkan pasukan Aston Martin dan Red Bull menjadi ancaman terbesar mereka dan bakal memberi tentangan hebat, sekali gus mampu merampas gelaran juara dunia pengeluar selama tujuh musim milik Mercedes sejak era hibrid.

Bagaimanapun, Mercedes tidak ambil mudah dengan perkembangan tersebut sebaliknya bertekad memastikan mereka mampu mengekalkan prestasi pada tahap terbaik sekali lagi musim ini.

“Kami tidak boleh terlalu selesa dengan pencapaian lalu dan kami akui ia merupakan tugas yang paling sukar untuk mengekalkan kejayaan.

“Jika anda mempunyai sikap sambil lewa dan terbuai dengan kejayaan lalu, maka kamu dalam situasi bahaya.

“Justeru, kami perlu tampil dengan motivasi baharu musim ini,” kata Wolff.

Pada musim ini, Aston Martin menggunakan unit kuasa dari Mercedes dan sudah pasti ia sedikit memberi kegusaran kepada Wolff apatah lagi pa­sukan tersebut hadir dengan pelumba berpengalaman se­perti Sebastian Vettel dan Lance Stroll.

“Sudah pasti musim ini akan berlaku saingan sengit. Gabu­ngan Vettel dan Stroll akan memberi kelebihan kepada pasukan tersebut. Jadi kami perlu waspada dengan mereka,” tambah Wolff.

Max Verstappen dan Sergio Perez akan bersama Red Bull dan pasukan tersebut masih menggunakan unit kuasa Honda.

Tahun lalu pasukan tersebut antara pencabar terhebat Mercedes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI