fbpx

Sime Darby rai ulang tahun yang ke-110

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Sime Darby Bhd. (Sime Darby) meraikan ulang tahunnya yang ke-110 ­dengan melancarkan buku meja kopi bertajuk Futures Made Better – Sime Darby at 110 yang mendokumentasikan evolusi syarikat daripada permulaan bersaiz kecil sehingga memiliki operasi di serata dunia.

Buku tersebut memaparkan sejarah Sime Darby sejak penubuhannya pada tahun 1910 sebagai Sime, Darby & Co. Ltd., melalui penggabungan dua syarikat perladangan, Sime and Moorhouse serta Darby and Watson.

Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, antara pencapaian penting syarikat termasuklah penggabungan dengan dua lagi syarikat gergasi tempatan, iaitu Kumpulan Guthrie Bhd. dan Golden Hope Plantation Bhd. pada 2007, seterusnya menjadi syarikat perladangan kelapa sawit terbesar dunia.

Sedekad kemudian, Sime Darby sekali lagi berkembang menjadi tiga entiti perniagaan bebas, iaitu Sime Darby Plantation Bhd., Sime Darby Property Bhd. dan Sime Darby Bhd. yang terlibat dalam perniagaan industri, permotoran, logistik serta penjagaan kesihatan.

“Sejarah Sime Darby memberi cerminan kepada pertumbuhan sebuah syarikat kecil Malaya kepada pemain multi nasional yang kini memiliki kehadiran di 18 buah negara.

Tambahnya, pihaknya teruja dengan prospek syarikat pada masa depan meskipun sedang menghadapi krisis global yang belum pernah terjadi sebelum­nya,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini..

“Kami yakin bahawa Sime Darby akan dapat bertahan dalam tempoh yang mencabar ini dan menerusi kerjasama antara semua pekerja di seluruh wilayah dan pihak berkepentingan, kami mampu menuju masa depan yang lebih lestari untuk semua,” katanya.