fbpx

Penunggang motosikal maut tersepit bawah tayar lori sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Chee Seng tersepit pada tayar hadapan sebuah lori sampah di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini pagi tadi.-Foto IHSAN BOMBA

GEORGE TOWN – Seorang penunggang motosikal maut selepas tersepit di bawah tayar hadapan sebuah lori sampah dalam satu kejadian kemalangan di Lebih Raya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini pagi tadi.

Mangsa, Lee Chee Seng, 61, dilaporkan mati di tempat kejadian selepas motosikal jenis Yamaha Lagenda yang ditunggangnya dikatakan bertembung dengan kenderaan milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kira-kira pukul 8 pagi.

Operasi membawa keluar mayat mangsa yang tersepit dilakukan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak.

Pegawai Operasinya, Nor Azman Abdullah Dani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 8.01 pagi tadi dan ke situ kurang 10 minit kemudian.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit adalah dengan menggunakan peralatan menyelamat khas dan mangsa telah berjaya dikeluarkan pada jam 9.11 pagi.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tersebut tamat sepenuhnya pada 9.15 pagi tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI