fbpx

Ebit Lew tampil bantu keluarga adik Farisya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew bersama adik beradik Farisya ketika melawat dan menyampaikan sumbangan di rumah mereka di Pasir Mas.

PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib yang menimpa lima beradik kini hidup sendirian selepas kedua ibu bapa mereka ditahan atas kesalahan dadah, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tampil membantu.

Menerusi perkongsian Ebit Lew di laman Facebook hari ini, beliau telah melawat kanak-kanak terbabit yang tinggal di kawasan di Rantau Panjang, Kelantan.

Katanya, beliau mendapat makluman mengenai kanak-kanak tersebut melalui perkongsian di laman Facabook Raja Anita Raja Mukhtar.

“Sayu sedih tengok adik Farisya 11 tahun masak guna dapur kayu serta menjaga tiga adik kecil yang paling bongsu satu tahun. Farisya dah tak sekolah jaga adik

“Buat susu adik guna susu pekat manis menggantikan susu tepung, mereka tinggal dengan atuk nenek dah uzur dan mak ayah dalam tahanan,”katanya di sini hari ini.

Ekoran kisah itu, Ebit lew kemudiannya mengambil inisiatif mendaftar dua kanak-kanak tersebut ke sebuah Maahad Tahfiz di Kota Bharu.

“Saya bersama makciknya tadi daftarkan Faris dan Farisya ke Maahad Tahfiz Manzil Furqan Kota Bharu.

“Disini ada pelajaran sains, subjek agama dan Tahfiz. Cantik dan eksklusif sebulan Rm600 dan terus hantar ke sini (Maahad Tahfiz) tadi,”ujarnya.

Tambah Ebit Lew, beliau terharu apabila dapat membantu keluarga terbabit dan kesemua mereka nyata gembira apabila kami datang membantu hari ini.

“Saya tanya kenapa nak sekolah? Jawabnya nak berjaya macam ustaz nak tolong mak ayah dan adik-adik, rindu nak belajar dan bahagiakan keluarga.

“Masa nak pergi semua atuk nenek, jiran, pakcik makcik semua tadi menangis sampai kami pun menangis. Teringat anak dekat rumah, beratnya ujianmu wahai anak maafkanlah kami lambat membantu.,”tulisnya sayu.

Sehingga pukul 11 malam tadi, hantaran tersebut telah dikongsi lebih 5,100 kali dan lebih 4,300 komen daripada natizen. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI