fbpx
kes terbaharu

4,055 kes sembuh, 2,468 kes baharu 14 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,468 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 288,229 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, empat kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan sebanyak 2,464 kes penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 30,475 kes.

“Selain itu, terdapat 4,055 kes sembuh hari ini  dengan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di Malaysia sebanyak 256,678 kes.

“Terdapat 14 kes kematian baharu menjadikan sebanyak 1,076 kes kematian Covid-19 setakat ini,” katanya pada Facebook rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 196 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 92 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE.