fbpx

Tiada data berkaitan calon SPM jawab peperiksaan di hospital, pusat kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon SPM di SM La Salle beratur bagi peperiksaan suhu badan sebelum dibenarkan memasuki pekarangan sekolah.

KOTA KINABALU – Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Dr. Mistirine Radin memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang data berkaitan jumlah pelajar perlu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di pusat kuarantin atau hospital.

“Terdapat 36,432 calon yang menduduki SPM di seluruh Sabah bermula hari ini.

“Jumlah ini membabitkan 33,453 pelajar sekolah kerajaan, 1,297 pelajar sekolah swasta dan 1,682 calon persendirian.

“Dalam pada itu, terdapat juga 738 pelajar yang menduduki Sijil Vokasional Malaysia (SVM) di seluruh negeri.

“Bagaimanapun, kami tidak mempunyai data mengenai calon yang harus mengikuti ujian di pusat kuarantin atau hospital.

“Sebarang pertanyaan berkaitan dengan Covid-19 perlu dirujuk ke Jabatan Kesihatan,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah (SM) La Salle bagi meninjau keadaan hari pertama peperiksaan SPM 2020 sebentar tadi.

Turut hadir Pengetua SM La Salle, Mary Macdalena Komuji.

Sementara itu, tinjauan di sekolah berkenaan mendapati pergerakan keluar masuk di pintu utama sekolah dikawal ketat oleh pengawal keselamatan dan pentadbiran sekolah.

Ia bagi memastikan semua calon SPM tidak terganggu selain supaya proses peperiksaan berjalan lancar.

Pengamal media juga dilarang memasuki pekarangan sekolah dan hanya dibenarkan membuat pemerhatian dari luar pagar sahaja.

Beliau turut mengingatkan semua pelajar dan petugas SPM agar sentiasa menjaga kesihatan selain mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Dalam pada itu, Mistirine menyatakan semua kelas yang digunakan sebagai dewan peperiksaan juga akan sentiasa disanitasi setiap kali selepas peperiksaan dijalankan.

Menurut beliau ia sebagai salah satu langkah untuk mengatasi penularan wabak Covid-19 dalam kalangan calon serta petugas sepanjang SPM berlangsung.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI