fbpx

Lima peruncit, pemborong dikesan naikkan harga LPG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai penguatkuasa KPDNHEP Kelantan menjalankan pemeriksaan LPG di sebuah premis perniagaan di sekitar Kota Bharu.

KOTA BHARU – Lima peruncit dan pemborong di negeri ini dikesan menaikkan harga kawalan yang ditetapkan kerajaan untuk jualan gas petroleum cecair (LPG) dalam operasi khas yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP) Kelantan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, Azanizam Affendi Juri berkata, operasi tersebut dijalankan selama lima hari bermula Khamis lalu sehingga hari ini.

Katanya, dalam operasi itu, KPDNHEP Kelantan telah memeriksa sebanyak 34 premis peruncit dan pemborong di seluruh negeri.

“Lima kes menaikkan harga LPG dikesan dengan dua tindakan kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 iaitu premis peruncit melanggar arahan pengawal bekalan dengan menjual barangan kawalan melebihi harga yang ditetapkan.

“Tiga premis lagi dikesan melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu urus niga tanpa sebarang lesen sah terhadap barang kawalan bersubsidi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azanizam Affendi, pihaknya mengingatkan peniaga supaya mematuhi penetapan harga jualan runcit LPG iaitu RM19 bagi silinder 10 kilogram (kg), RM22.80 (12kg) dan RM26.60 (14kg).

Katanya, KPDNHEP Kelantan juga sentiasa memandang serius isu barangan kawalan bagi mengelak ia diseleweng sehingga menyebabkan gangguan kepada jumlah bekalan itu. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI