fbpx

Syatilla pertama kali tunai solat sunat Dhuha pada usia 30 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syatilla Melvin

PETALING JAYA – Sanggup mengenepikan ego dan rasa malu, pelakon dan usahawan Syatilla Melvin mendedahkan dia menunaikan solat sunat dhuha buat pertama kali dalam hidupnya pada usia 30 tahun.

Akui pemilik nama lengkap Siti Nur Syatilla Amirol Melvin itu dalam satu entri Instagram, dia pada awalnya malu untuk mendedahkan khilaf sendiri kepada umum.

“Ya Allah SWT. Malu sebenarnya nak mengaku tetapi saya percaya mungkin ada juga individu lain yang pernah lalui perkara sama. Dulu solat wajib pun rongak, apatah lagi solat sunat.

“Segan dan malu nak mengaku sebenarnya sebab takut orang fikir bukan-bukan dan dikutuk,” tulisnya dalam entri tersebut.

Tambah isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu, disebabkan tidak pernah menunaikan solat sunat Dhuha, dia terpaksa belajar niat dan cara-cara solat tersebut dalam internet.

“Sebab tak pernah buat solat sunat Dhuha ini, saya pun terpaksa Google dan tonton YouTube untuk belajar cara niat. Malu dengan diri sendiri hanya Tuhan saja yang tahu.

“Tetapi apabila sudah buat, rasa sayang nak tinggalkan sebab seperti satu keperluan pula. Insya-Allah saya akan sedaya upaya tengah usaha untuk buat hari-hari,” ujarnya lagi.

Tambah pelakon drama Selafaz Cinta itu, dia juga terkejut dengan impak yang dirasai selepas menunaikan solat sunat tersebut.

“Kesan melalui solat Dhuha ini saya dapati sangat luar biasa.

“Jangan pernah rasa terlambat untuk mula buat benda baik. Selagi ada rezeki bernafas, selagi itulah kita ada peluang,” katanya lagi.

Minggu lalu, Syatilla menerima kecaman daripada netizen selepas tindakannya memuat naik foto dengan wajah yang diconteng warna hitam untuk mempromosikan produk kecantikan jenamanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI