fbpx

Restu ibu penting dalam kehidupan – Syifa Melvin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENURUT Syifa, restu ibu sangat penting dalam setiap perkara yang dilakukan hari ini.

PETALING JAYA – Kata orang, sesuatu perkara mahupun tugas tidak akan sempurna sekiranya tidak mendapat reda daripada seorang ibu.

Perkara tersebut turut dipersetujui oleh pelakon Syifa Melvin, 27, yang berpendapat sekiranya tiada restu daripada wanita bergelar ibu, semua perkara yang hendak dilakukan pasti tidak akan menjadi.

Bagaimanapun, adik kepada aktres Syatilla Melvin itu tidak sesekali menolak ke tepi tentang keberkatan Allah SWT dalam semua perkara.

“Sejak usia semakin meningkat, apa yang saya perasan ialah mengenai restu dan berkat. Tanpanya, apa sahaja yang dilakukan pasti tidak menjadi.

“Keberkatan Allah ialah nombor satu. Tetapi berkat dan restu daripada seorang ibu ialah satu hal yang lain,” katanya dalam InstaStory semalam.

Ujar pemilik nama penuh Nur Syifa Athirah Amirol Melvin itu, dia juga percaya bahawa reda Allah bersandarkan pada restu seorang ibu.

“Reda Allah terletak pada restu seorang ibu. Apabila ada restu ibu pada setiap perbuatan anak, maka berkatlah hidup di dunia dan akhirat,” tuturnya.

Dalam perkongsian sama, Syifa memberitahu dia juga pernah melalui fasa tidak mahu menerima pandangan mahupun nasihat daripada orang lain kerana berasakan dirinya sentiasa betul.

“Dulu saya lalui fasa ‘memberontak’, tak mahu dengar cakap dan terima teguran orang tetapi pada satu tahap, banyak benda tak jadi.

“Dari situ, baru boleh fikir sebenarnya apabila orang larang, dengarlah sebab mereka tidak buta tetapi kita yang buta. Kadang-kadang kena dengar juga nasihat orang terdekat,” ujarnya lagi.

Sejak melalui situasi tersebut, dia mula meletakkan ibunya, Robiah Rahman sebagai tempat rujukan bagi mendapatkan pandangan mengenai pelbagai perkara.

“Semua perkara tanya dan minta pendapat serta restu daripada ibu. Selepas dia setuju, minta pula doa daripadanya.

“Ingat, berkat dan restu daripada ibu ialah nombor satu dalam hidup kita,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI