fbpx

Mandur tapak pembinaan maut terjatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Seorang mandur di sebuah tapak pembinaan bangunan pejabat lima tingkat di sini, maut selepas terjatuh dari ketinggian hampir dua meter ketika sedang memanjat tangga pada lori pengadun konkrit semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 pagi itu, lelaki warga tempatan, Cheng Chee Keong, 58, cedera selepas terjatuh ketika mahu memeriksa kualiti konkrit di dalam mesin pengadun.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Ir. Zamzurin Maarof berkata, mangsa yang cedera di kepala dan muka itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia.

Katanya, susulan kejadian itu, sepasukan pegawai penyiasat JKKP Perak telah dihantar ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati mangsa merupakan mandur di tapak pembinaan berkenaan.

“Ketika kejadian, mangsa sedang memanjat tangga pada lori pengadun konkrit untuk memeriksa kualiti konkrit di dalam pengadun sebelum terjatuh pada ketinggian hampir dua meter,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI