fbpx

Jo Byeong-gyu nafi jadi pembuli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JO BYEONG-GYU

AKTOR Jo Byeong-gyu baru-baru ini menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang mengatakan dia merupakan seorang pelaku keganasan dan pembuli ketika di bangku sekolah.

Kenyataan rasmi turut dikeluarkan agensinya, HB Entertainment yang menyifatkan khabar angin tersebut merupakan satu berita palsu yang dibuat dengan tujuan menjatuhkan imej pelakon drama The Uncanny Counter itu.

“Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang secara sembarangan menyebarkan khabar angin palsu mengenai Byeong-gyu baru-baru ini menerusi komuniti dalam talian.

“Kami secara rasmi telah meminta polis menjalankan siasatan terhadap perkara ini. Difahamkan bahawa siasatan sudah pun dimulakan oleh polis” tulisnya.

Tambahnya, HB Entertainment akan terus melakukan yang terbaik untuk melindungi hak artis di bawah naungan dan jagaannya daripada terus tercemar disebabkan berita tidak benar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI