fbpx

[VIDEO] Pengasas Sugarbook tiba untuk direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengasas aplikasi Sugarbook tiba di kompleks Mahkamah Shah Alam untuk proses reman sebentar tadi.

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang merupakan pengasas aplikasi Sugarbook tiba di kompleks Mahkamah Shah Alam untuk proses reman sebentar tadi.

Suspek berusia 34 tahun itu tiba di kompleks mahkamah kira-kira pukul 10.10 pagi dengan tangan bergari dan dikawal anggota polis.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata suspek ditahan di sebuah pekarangan sebuah kondominium di Kuala Lumpur pukul 4.30 petang semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b), Seksyen 372 (1) (d) / 372 B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setakat ini, sebanyak 74 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kes tersebut,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI