fbpx

Lelaki berkerusi roda nyaris ditetak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan lelaki berkerusi roda segera melarikan diri daripada ditetak sekumpulan penyerang bersenjatakan parang.

KLANG – Seorang lelaki berkerusi roda nyaris ditetak tiga individu bersenjatakan parang di sebuah kawasan perumahan di Jalan Seroja, Pelabuhan Klang.

Kejadian tersebut tular menerusi video berdurasi 28 saat di laman sosial Facebook dengan memaparkan tiga penyerang itu keluar dari sebuah kenderaan dipercayai jenis Perodua Myvi.

Berdasarkan video itu, lelaki berkerusi roda itu segera melarikan diri dengan kumpulan penyerang tidak memfokuskan kepadanya.

Rata-rata warganet prihatin terhadap nasib lelaki berkerusi roda tersebut yang selamat daripada ditetak kumpulan penyerang itu.

“Sekurangnya, penyerang tidak serang yang memakai kerusi roda itu,” kata salah seorang pengguna, Din Parker.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Asisten Superintenden Zamrus Zakaria di talian 019-689 2777 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut 394 kanun Keseksaan kerana menyamun dan mendatangkan cedera,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI