fbpx

KPDNHEP lumpuhkan aktiviti pemindahan gas LPG subsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian tong gas LPG yang dirampas KPDNHEP dalam satu serbuan di sebuah premis di Puchong, Selangor, Selasa lalu.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melumpuhkan aktiviti memindahkan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi ke dalam tong LPG industri di sebuah premis di Puchong, Selangor pada Selasa lalu.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasanya (Operasi), Shamsul Nizam Khalil berkata, premis berkenaan disyaki digunakan sebagai tempat untuk memindahkan gas LPG bersubsidi 14 kilogram (kg) ke dalam tong LPG industri LPG 50kg.

Beliau berkata, ketika serbuan dibuat, terdapat beberapa barangan dijumpai seperti hos paip dan ais batu yang disyaki bagi tujuan pemindahan gas tersebut.

“Kami berjaya merampas 113 tong gas LPG bagi berat 50kg dan 206 tong gas LPG bagi berat 14kg membabitkan nilai rampasan secara keseluruhan berjumlah RM147,270.

“Seramai tiga orang ditahan bagi tujuan membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, tindakan serbuan diambil mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI