fbpx

Kilang fucuk kotor beroperasi tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Wazir memeriksa sebuah premis memproses fucuk di Sungai Bakap, Nibong Tebal hari ini.

SEBERANG PERAI – Empat premis pembuatan fucuk milik sebuah keluarga di Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini bukan sahaja berani beroperasi tanpa lesen sejak sekian lama, bahkan didapati kotor dan berbau busuk.

Lebih menjijikkan lagi, premis-premis terbabit yang terletak bersebelahan di kawasan tersorok didapati beroperasi di atas tanah pertanian yang pernah menjadi ladang ternakan babi sebelum ini.

Selain itu, pekerja yang juga terdiri daripada ahli keluarga turut didapati menggunakan kayu untuk menggantung fucuk yang akan dikeringkan tanpa menggunakan sarung tangan.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Mohd. Wazir Khalid berkata, serbuan yang bermula pada pukul 9 pagi itu disertai seramai 14 penguatkuasa.

“Pelbagai kesalahan dikesan kerana kawasan persekitaran amat kotor selain terdapat banyak lalat mati di dalam bekas fucuk yang sedang diproses.

“Selain itu, lebih daripada lima ekor anjing peliharaan didapati berkeliaran di kawasan pemprosesan sekaligus boleh menyebabkan berlakunya keracunan makanan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak lima kompaun di bawah Peraturan 32 Akta Makanan 1983 berjumlah RM8,500 telah dikeluarkan kepada pemilik premis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI