fbpx

203 kluster kilang dan pembuatan masih aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham (kanan) bersama Sha’ari menunjukkan notis penutup kilang pemprosesan makanan di Taman Perindustrian Pulau Indah, hari ini.

KLANG – Sektor perkilangan dan pembuatan terus menjadi penyumbang tertinggi bagi kes Covid-19 di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, berdasarkan rekod mendapati 203 daripada 236 kluster di sektor perkilangan dan pembuatan masih aktif Covid-19.

Katanya, malah rekod juga menunjukkan 14,423 daripada 41,396 kes aktif yang direkodkan semalam melibatkan sektor tersebut.

“Setiap hari terdapat kluster dikesan di sektor ekonomi. Namun, kita akan terus penumpukan untuk memastikan rantaian Covid-19 bagi kedua-dua sektor ini dapat diputuskan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Adham diiringi Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman melawat sebuah kilang pemprosesan makanan di Taman Perindustrian Pulau Indah yang ditutup susulan terdapat 57 daripada 102 pekerja yang disaring didapati positif Covid-19.

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya mana-mana kilang yang pekerjanya positif Covid-19 menutup sementara premis mereka secara sukarela.

“Berdasarkan kilang yang dilawati ini, kita melihat kebolehan jangkitan hampir 50 peratus dan memerlukan ujian saringan dilakukan agar Covid-19 tidak disebarkan,”jelasnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI