fbpx

Siasatan kes gangguan seksual akan dipercepatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiful Azly

Kuala Lumpur – Polis akan memastikan siasatan berhubung kes gangguan seksual terhadap seorang wanita di Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Duta baru-baru ini akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, setakat ini polis sudah mengambil keterangan semua pihak yang terlibat dalam insiden berkenaan.

“Kita telah merakam keterangan petugas-petugas SJR dan video yang dirakam wanita yang terlibat juga akan dijadikan sebagai bahan bukti.

“Tindakan selanjutnya akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara sebaik siasatan selesai. Jangan risau siasatan akan dilakukan secara adil,” ujarnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang wanita mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang anggota polis di SJR Jalan Duta ketika dalam perjalanan pulang dari Wangsa Maju ke Shah Alam menerusi video pengakuan berdurasi 1.28 saat itu.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan anggota polis yang terbabit dalam kejadian itu juga sudah ditarik keluar daripada penugasan di SJR tersebut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI