fbpx

Pembayar zakat PPZ-MAIWP meningkat sebanyak 79 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jumlah pembayar zakat Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bagi tahun 2020 mencatatkan peningkatan sebanyak 79 peratus pada tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, peningkatan tersebut menjadi penyumbang utama kepada kenaikan jumlah kutipan zakat sebanyak 11 peratus bagi tahun 2020.

“Walaupun negara dilanda wabak Covid-19 pada tahun lalu sehingga kini, jumlah pembayar zakat dilihat meningkat dan PPZ-MAIWP mempunyai seramai 378,149 orang pembayar zakat baharu bagi tahun 2020.

“Ini merupakan sokongan yang cukup hebat yang diberikan oleh pembayar zakat sama ada individu, atau syarikat,” katanya dalam siaran langsung di Facebook PPZ-MAIWP hari ini.

Ahmad Shukri berkata, peningkatan itu menjadikan kutipan zakat pada tahun lalu ialah sebanyak RM756 juta berbanding RM682 juta pada tahun 2019.

“PPZ-MAIWP juga merupakan institusi pungutan zakat pertama yang menawarkan skim kafalah muzakki di mana sumbangan khairat kematian bernilai RM3,000 akan diberikan kepada keluarga pembayar zakat sebagai tanda penghargaan.

“Sejak diwujudkan pada tahun 2019, seramai 252 penerima kafalah telah dicatatkan membabitkan jumlah kafalah sebanyak RM756,000,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI