fbpx

Bekas, kakitangan AADK dituduh rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Erwan (depan) dan Norzarenawati didakwa atas tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Seorang bekas Pembantu Antidadah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan rasuah sebanyak RM3,000 yang didakwa dilakukannya, lima tahun lalu.

Tertuduh, Erwan Yahya, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Sementara itu, Norzarenawati Osman, 38, yang kini bertugas di AADK Daerah Kulim membuat pengakuan sama selepas berdepan pertuduhan rasuah yang didakwa dilakukan secara bersama dengan Erwan.

Mengikut pertuduhan pertama, Erwan didakwa memperoleh suapan RM3,000 daripada Muhammad Russul Muhammad Radzi sebagai habuan untuk melepaskan individu lain yang positif dadah jenis syabu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam kereta Proton Iswara di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani kira-kira pukul 5.30 petang, 7 Disember 2016.

Bagi pertuduhan kedua, Erwan didakwa bersama Norzarenawati, Penolong Pegawai Antidadah AADK Daerah Kuala Muda bersetuju menerima suapan RM3,000 tersebut bagi tujuan sama di sebuah rumah kosong di Bandar Puteri Jaya kira-kira pukul 3 petang, hari sama.

Pendakwaan terhadap mereka dilakukan di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI