fbpx

Seulgi pilih bersendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEULGI

PENYANYI Seulgi mendedahkan bahawa dia kini tidak lagi tinggal di dorm kumpulan Red Velvet kerana memilih untuk tinggal di rumah sendiri.

Alasannya, dia berpindah mencari rumah baharu kerana mempunyai terlalu banyak barang peribadi sehingga tidak lagi muat disimpan di dorm mereka.

Malah Seulgi turut memaklumkan bahawa selepas berpindah ke rumah baharu, dia teringin untuk melakukan kerja-kerja dekorasi bagi mencantikkan kediamannya.

Dia merupakan ahli Red Velvet pertama yang memilih meninggalkan dorm, namun rakan-rakannya yang lain dimaklumkan sudah beberapa kali datang menghabiskan masa di kediaman baharunya.

Selalunya, mana-mana selebriti akan membuat keputusan untuk keluar dari dorm yang disediakan agensi atas alasan privasi dan keselamatan selepas beberapa tahun.

Bagaimanapun, berbeza dengan Red Velvet yang menjadi antara artis paling lama bertahan tinggal di dorm sebelum Seulgi memulakan langkah keluar dari situ.

Peminat yang teruja dengan rumah baharu Seulgi berharap agar dia akan muncul dalam program I Live Alone untuk menyaksikan sendiri rutin sehariannya di rumah baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI