fbpx

Lelaki ditemui mati dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dalam kereta miliknya di Sri Petaling dekat sini semalam.

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dalam kereta miliknya yang diparkir di bahu jalan berhampiran sebuah pangsapuri di Sri Petaling di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kes kematian terbabit kira-kira pukul 10.05 pagi.

“Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian menemui pasu yang mengandungi arang dan ‘fire starter’ di ruangan kerusi penumpang hadapan kereta tersebut.

“Siasatan awal mendapati, mangsa yang ditemui di bahagian kerusi pemandu disyaki membakar arang di dalam kereta tersebut dan menyebabkan mangsa mati lemas akibat kepulan asap,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, ambulans dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan pihak bomba turut hadir di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an itu telah dibawa ke HUKM untuk bedah siasat.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri,” jelasnya.

Mengulas lanjut, pihaknya mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian terbabit dan kes diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR).-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI