fbpx

Isu Sugarbook: Mufti WP seru segera bertaubat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Segeralah bertaubat kepada Allah S.W.T dan berazam untuk meninggalkan perbuatan yang tidak bermoral itu selama-lamanya.

Itu pesanan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah kepada mereka yang terbabit dalam aktiviti ‘sugar daddy’ dan ‘sugar baby’ seperti didedahkan media baru-baru ini.

Luqman berkata, sebarang perbuatan yang boleh mendorong kepada berlakunya zina adalah jelas dilarang menurut syarak dan diharamkan syurga buat mereka.

“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan akibat buruk kepada mereka yang terjerumus ke dalam kancah zina.

“Perbuatan zina dianggap sebagai dosa paling besar selepas syirik kepada Allah dan membunuh malah, dijadikan azab kubur baginya seperti azab separuh umat”,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Luqman berkata, larangan ke atas umat Islam daripada menyertai aplikasi Sugarbook atau mana-mana aplikasi lain berkaitan dengannya adalah selaras dengan prinsip Sadd al-Dzara’i’ iaitu penutupan pintu-pintu yang boleh membawa kepada perbuatan yang haram di sisi Islam.

Beliau berkata, aktiviti sebegini juga jelas bercanggah dengan norma masyarakat di Malaysia yang sentiasa memelihara tatasusila serta kesopanan dalam aspek pergaulan di antara lelaki dengan wanita.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN