fbpx

Waspada manipulasi sentimen kaum -PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PUTRAJAYA – Rakyat di negara ini diminta berwaspada dengan manipulasi sentimen kaum oleh ahli-ahli politik yang disifatkan sebagai cabaran utama yang perlu dihadapi hampir semua negara berbilang kaum.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelaku politik yang cuba menaikkan saham politik masing-masing melalui eksploitasi perasaan kaum perlulah dielakkan.

“Kita sedar bahawa rakyat di negara ini tidak akan sekali-kali mengorbankan kesepaduan sosial dan perpaduan negara yang telah kita kecapi ini demi matlamat peribadi.

“Kerajaan juga tidak akan sekali-kali berkompromi dalam perkara yang boleh mengganggu-gugat perpaduan negara malah terus bekerja keras bagi memperkukuh perpaduan yang dikecapi rakyat hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 secara maya di Facebook Kementerian Perpaduan Negara hari ini.

Di bawah Dasar Perpaduan Negara itu, Muhyiddin menggariskan tiga objektif utama iaitu mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara; membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling hormat-menghormati dan bertanggungjawab serta melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan.

Beliau berkata, bagi memastikan objektif itu tercapai, sokongan padu dan kerjasama penuh daripada semua pihak terutamanya agen penggerak perpaduan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan pemegang taruh berkaitan adalah sangat penting. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI