fbpx

PKPD di Penjara Sungai Udang dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal perintah kawalan pergerakan (PKP), Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD) di Penjara Sungai Udang Melaka Tengah, Melaka.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perintah tersebut akan dijalankan bermula 17 Februari sehingga 2 Mac 2021 kecuali yang tinggal di Kuarters Kakitangan dan PKRC Penjara Sungai Udang ditamatkan pada 16 Februari (esok) seperti yang dijadualkan.

“Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Penjara Sungai Udang dan Kuarters Kakitangan, Melaka Tengah, Melaka yang dijadualkan tamat pada 16 Februari.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 1,234 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif, sebanyak 331 kes telah direkodkan,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Ismail Sabri, KKM mengesahkan peningkatan kes masih berlaku dalam kalangan tahanan dan terdapat baki 21 sampel saringan yang sedang menunggu
keputusan.

“Walaubagaimanapun, penularan kes positif Covid-19 ini tidak melibatkan kakitangan dan ahli keluarga yang tinggal di kuarters,” katanya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI