fbpx

Mangsa kebakaran ditempatkan di rumah transit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Halimaton (tengah) memberikan sumbangan barang keperluan kepada salah seorang mangsa kebakaran di Jalan Seberang Kereta Api, Sungai Korok hari ini.

ALOR SETAR – Kesemua 10 keluarga yang hilang tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Seberang Kereta Api, Sungai Korok semalam akan ditempatkan sementara di rumah transit di Taman Pulasan, Jitra dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kebajikan negeri, Halimaton Shaadiah Saad berkata, penghuni terlibat juga boleh menyewa di rumah lain yang terletak berdekatan.

Jelasnya, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan lanjut bagi membantu penduduk terlibat termasuk menawarkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Gemilang.

“Penduduk terlibat tidak boleh membina semula rumah di atas tapak sedia ada memandangkan tanah tersebut milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) selain rezab sungai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan bantuan kepada penduduk terlibat di sini hari ini.

Sementara itu, MCA Bahagian Alor Setar akan membiayai kos sewa rumah selama dua bulan bagi penduduk yang berpindah ke rumah sewa.

Kosmo! Online semalam melaporkan sebanyak 10 buah rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Seberang Kereta Api, Sungai Korok di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI