fbpx

Dua anggota terlibat gangguan seksual ditukar penugasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamri Yahya

PETALING JAYA – Dua anggota polis yang didakwa terbabit dalam kejadian gangguan seksual terhadap pemandu kereta wanita di dua sekatan jalan raya (SJR), baru-baru ini tidak digantung tugas, sebaliknya ditukarkan penugasan ke bahagian lain.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, tindakan itu diambil sehingga siasatan selesai dijalankan ke atas kedua-dua anggota terbabit.

Kata Zamri, pihaknya juga telah merakam percakapan kedua-dua wanita berkenaan bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kejadian sebenar.

“Kedua-dua anggota berkenaan telah dikeluarkan daripada penugasan SJR dan diarahkan membuat kerja di bahagian lain termasuk pengurusan.

“Mereka tidak digantung tugas atau ditahan kerja seperti yang dilaporkan beberapa media sebelum ini,”katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zamri berkata, proses siasatan ini dijalankan secara telus dan teliti mengikut prosedur dalam penyiasatan termasuk mencari saksi lain atau rakaman yang dapat mengesahkan dakwaan berkenaan.

Sebelum ini media melaporkan, dua wanita telah memuat naik di laman sosial masing-masing mendakwa mereka diganggu secara seksual oleh anggota polis bertugas ketika melalui SJR.

Dalam kejadian di Jalan Duta, Kuala Lumpur, Jumaat lalu, seorang wanita mendakwa ditanya sama ada memakai baju dalam oleh anggota polis bertugas, selain diberi jaminan tidak akan disaman jika menunjukkan kepadanya.

Sementara itu, dalam satu lagi kejadian, seorang lagi wanita mendakwa seorang anggota polis ingin berkenalan dengannya selepas anggota itu meminta nombor telefon bimbitnya juga ketika melalui sekatan di Pulau Pinang baru-baru ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI