fbpx
PEMANDANGAN terkini pekan Danok yang sunyi selepas peniaga dan penduduknya berhijrah kerana ketiadaan pelancong ekoran pandemik Covid-19.

Danok sunyi, hilang 20,000 penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT KAYU HITAM – Pekan Danok di Sadao, Thailand yang begitu sinonim dengan rakyat Malaysia kini lumpuh apabila bukan sahaja tiada pengunjung, malah dianggarkan 20,000 penduduknya sudah berhijrah ke tempat lain.

Lokasi yang popular untuk beriadah dan membeli-belah itu bertukar menjadi pekan tinggal sejak sempadan Malaysia-Thailand ditutup pada 23 Mac tahun lalu ekoran Covid-19.

Seorang penduduk, Suwitt Kaewhorthong, 59, membe­ritahu, hampir 80 peratus premis perniagaan seperti pusat urut, kelab malam, spa, kedai cenderamata dan restoran ditutup.

“Ada sebuah hotel saja yang beroperasi sebagai pusat kua­rantin. Kebanyakan premis ha­nya bertahan selama enam bulan selepas pintu sempadan ditutup.

“Hanya farmasi, kedai runcit dan kedai serbaneka yang ber­operasi. Danok kini bagaikan pekan tinggal apabila tiada pelancong dari Malaysia,” kata­nya ketika dihubungi di sini.

Tambahnya, lebih menakutkan apabila situasi itu merubah Danok menjadi pekan hantu ekoran penghijrahan penduduknya ke tempat lain.

“Dianggarkan 20,000 penduduk sudah meninggalkan Danok, mereka ini terdiri daripada peniaga dan pekerja di kedai-­kedai di sini,” kata wartawan sebuah stesen televisyen di Songkhla itu.

Tambahnya, Danok hidup daripada aktiviti pelancongan dan situasi itu sangat janggal dan yang terburuk dalam sejarah.

Sementara itu, seorang kelindan lori, Mat Zaini Ismail, 43, berkata, jalan raya di Danok kini sibuk dengan kenderaan pe­ngangkutan perdagangan sahaja.

“Keadaan di Danok memang berbeza. Sekelip mata jadi sepi dan suram.

“Kami yang sering ke sini ke­rana menghantar dan mengambil barang pun tidak pernah berhenti di Danok kerana penguat­kuasaan yang ketat, “ katanya.

POPULAR