fbpx
TANGKAP layar sebuah akaun laman sosial yang menyamar sebagai milik Siti Nurhaliza.

Tak habis-habis ada yang menyamar, tabahlah TokTi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru-baru ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan rasa kecewa kerana rakaman video siaran langsung miliknya disalah guna oleh golongan scammer (penipu) untuk memperdaya orang ramai.

Dalam satu hantaran Instagram pada Selasa lalu, Siti menegaskan bahawa mereka ialah scammer yang berniat jahat menipu masyarakat demi kepentingan peribadi.

Siti atau TokTi menasihatkan agar orang ramai tidak mempercayai taktik licik scammer.

Mana tidaknya, scammer itu telah membuat siaran langsung tengah-tengah malam buta menggunakan video kepunyaan Siti ketika semua sedang tidur lena! Memang tidak logik langsung Siti hendak buat siaran langsung sewaktu semua orang dan bermimpi sampai ke London.

Kasihan Diva dengan Siti. Rasanya ini bukan kali pertama wajahnya digunakan scammer untuk menipu orang awam. Banyak betul penipu di luar sana yang salah guna nama Siti untuk menjual produk. Sabarlah TokTi.

Harapnya jika berlaku sekali lagi perkara seperti ini, tolonglah buat laporan polis ya. Risau pula jika ada yang terperdaya dengan taktik penipuan mereka.

DIVA: Seronok tengok ramai pelakon dan kru belakang tabir dah mula kembali ke lokasi penggambaran dan reda kena buat ujian calitan. Syabas! Tabik sangat kat ibu Fauziah Nawi!