fbpx

Sentuhan Bamford makin menyengat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAMFORD meledak 12 gol buat Leeds setakat musim ini dan dilihat antara penyerang yang cukup tajam dalam saingan liga. – AFP

LEEDS – Pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa mencabar pe­nyerangnya, Patrick Bamford terus mengekalkan prestasi dan sentuhan penyudahnya.

Bamford, 27, setakat ini sudah berjaya menjaringkan 12 gol pada musim ini termasuk ketika mereka mencatat kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace sebelum ini sekali gus melengkapkan gol ke-100 sepanjang karier profesio­nalnya.

Selain itu, Bielsa turut memuji Bamford yang turut melakukan lima umpanan gol dalam 22 aksi Liga Perdana Inggeris setakat ini dan mengesa supaya pemain itu kekal dengan prestasi berkenaan sehingga penghujung musim.

“Ia adalah satu pujian yang mana dia layak menerimanya. Perkembangan gaya permainannya sangat baik dalam semua aspek.

“Apa yang penting ketika ini adalah dia perlu mengekalkan tahap permainan dan menjadikannya konsisten untuk baki saingan musim ini,” katanya.

Dalam pada itu, rakan sepasukan Bamford, Luke Ayling mengakui bahawa seluruh pemain tidak terkejut dengan aksi cemerlang dipamerkan oleh pemain itu.

“Sebelum ini dia beberapa kali terlepas peluang menjaringkan gol tetapi anda namakan kepada saya penyerang yang tidak berdepan situasi itu. Kini dia sudah menemui sentuhan dan saya tidak fikir ia akan berhenti di situ,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI