fbpx

Balak bernilai RM404,000 dirampas dalam seminggu PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

KUANTAN -Aktiviti mencuri balak yang dilakukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) gagal mengaburi pihak berkuasa yang berjaya merampas balak bernilai RM404,000 di Temerloh dan Bentong dalam tempoh seminggu.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Nor Azirim Ahmad berkata, kesemua kayu balak pelbagai spesies itu dirampas dalam dua serbuan yang dilakukan di Hutan Simpan Kemasul di Bentong dan Hutan Simpan Jengka di Temerloh.

“Dalam serbuan pertama di Kompartmen 6 Hutan Simpan Kemasul menemukan 11 tual balak bernilai kira-kira RM17,000 manakala serbuan kedua di Hutan Simpan Jengka menemukan 48 tual balak spesies keruin, meranti dan balau bernilai kira-kira RM387,000.

“Dalam serbuan yang dilakukan anggota unit penguatkuasa zon Pahang Barat itu kita turut menyita sebuah lori lima tan, jengkaut dan tiga buah motosikal,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Nor Azirim, aktiviti penebangan balak berkenaan dipercayai melibatkan individu berpengalaman bertujuan menghasilkan kayu bergergaji daripada spesis pokok yang bernilai tinggi.

Beliau memberitahu, Hutan Simpan Jengka menjadi tumpuan kegiatan menebang balak secara haram berikutan terdapat banyak spesis balak berkualiti dengan taburan pokok balak bersaiz besar. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI