fbpx

Ditahan bawa 6,600kg ayam beku seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (kanan) menunjukkan sebanyak 6,600 kilogram ayam sejuk beku yang dirampas di Jeli semalam.

JELI – Dua lelaki ditahan selepas mereka dipercayai membawa sebanyak 6,600 kilogram ayam beku yang dianggarkan bernilai RM60,500 di belakang Sekolah Menengah Ayer Lanas di sini semalam.

Suspek yang berusia 18 dan 27 tahun itu, ditahan kira-kira pukul 9 pagi selepas polis menahan lori sebuah lori jenis Daihatsu Delta apabila menerima maklumat daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Suprintendan Ahmad Ariffin berkata, pemeriksaan di dalam lori tersebut membawa kepada penemuan sebanyak 550 kotak yang mengandungi ayam sejuk beku yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, kedua-dua lelaki terbabit gagal mengemukakan sebarang permit import yang sah oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

“Mereka huga gagal mengemukakan sijil kesihatan yang dikeluarkan dari negara asal sebelum membawa ayam sejuk beku masuk ke negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad, siasatan mendapati semua ayam sejuk beku itu akan dijual di negeri ini.

Tambahnya, kedua-dua lelaki itu dan barang rampasan telah diserahkan kepada Maqis untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI