fbpx

Northport pelabuhan pertama terima pensijilan ISO 37001: 2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Northport (M) Bhd, (Northport), ahli Kumpulan MMC, menjadi pelabuhan pertama di Malaysia yang memperoleh ISO 37001: 2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. (SIRIM QAS).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof berkata, pensijilan tersebut me­nunjukkan komitmen syarikat terhadap tahap integriti dan budaya beretika tertinggi di dalam pengoperasian perniagaan seharian.

“Kami yakin bahawa pensijilan ini akan meningkatkan lagi keyakinan pelanggan dan rakan perniagaan terhadap Northport,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Pengurus Besar Kanan Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan SIRIM QAS, Mohd. Hamim Imam Mustain telah menyerahkan sijil ISO kepada Azman.

Pensijilan ISO 37001:2016 adalah piawaian antarabangsa yang menetapkan syarat dan memberikan panduan untuk mewujud, melaksana, memantau, mengkaji dan menambahbaik sistem dan proses ­mengurangkan risiko berlakunya rasuah di dalam organisasi.

Sejak pengambilalihan oleh MMC, Northport telah memulakan langkah-langkah transformasi berlandaskan nilai-nilai teras baharu syarikat.

Pada 23 Disember 2020, segala inisiatif dan usaha yang dijalankan oleh Northport membuahkan hasil setelah SIRIM QAS mengiktiraf Northport ­dengan ISO 37001: 2016 berikutan pelaksanaan audit pensijilan yang komprehensif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI