fbpx

4 premis dikenakan kompaun dalam Ops Gempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan anggota dan pegawai JAS melakukan pemeriksaan semasa Ops Gempur di dua lokasi di negeri ini.

SEREMBAN – Empat premis yang dikesan gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan peraturan-peraturan yang berkaitan dikenakan kompaun dalam Ops Gempur Jabatan Alam Sekitar (JAS), di sini, tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan berkata, aktiviti penguatkuasaan berkenaan telah dilaksanakan pada 29 Januari tahun lalu di sekitar Kawasan Perindustrian Nilai 3 dan premis industri di kawasan Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk menilai tahap pematuhan premis-premis tersebut di bawah AKAS 1974.

Menurutnya, operasi berkenaan melibatkan seramai 13 penguatkuasa JASNS yang dibahagikan kepada lima pasukan.

“Sepanjang operasi ini, 11 buah premis telah diperiksa, didapati hanya enam buah premis tertakluk di bawah AKAS 1974 manakala lima buah premis lagi tidak tertakluk di bawah AKAS 1974.

“Sebanyak 11 arahan lapangan (Field Citation), tiga Notis Arahan dan empat kompaun telah diberikan kepada premis yang terlibat di atas kesalahan-kesalahan dikenalpasti di bawah AKAS 1974 dan peraturan-peraturan yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Veerapan berkata, JAS sentiasa memandang serius ketidakpatuhan di bawah AKAS 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya untuk memastikan pematuhan berterusan dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Menurutnya, selain Ops Gempur membabitkan premis, JAS juga telah melaksanakan operasi dalam penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 melalui Ops Gerak.

“Oos Gerak telah dijalankan pada 1 Januari, 1 dan 6 Februari lalu di tiga lokasi berbeza iaitu di Jalan Persiaran Senawang,  Kawasan Perindustrian Sendayan Tech Valley dan juga di Jalan Tampin – Seremban.

“Operasi kenderaan berenjin diesel yang didapati melepaskan asap hitam berlebihan telah ditahan dan diuji bagi memastikan kenderaan pengangkutan awam dan barangan mematuhi peraturan-peraturan sedia ada.

Jelas beliau, semasa operasi berkenaan semua kenderaan diesel akan diperiksa secara visual dan mana-mana kenderaan yang disyaki melepaskan asap hitam akan ditahan dan diukur serta diperiksa melalui ujian pelepasan asap/gas daripada ekzos kenderaan tersebut dengan menggunakan peralatan Smoke Density Meter bagi kenderaan berenjin diesel.

“Merujuk kepada Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996,  standard pelepasan asap bagi kenderaan berenjin diesel adalah tidak melebihi 50 HSU/%.

Difahamkan, kegagalan pemilik kenderaan diesel mematuhi peraturan ini boleh dikompaun tidak melebihi RM2,000.

“Dalam Ops Gerak ini, 16 kenderaan telah melalui ujian diesel berasap di mana enam daripadanya telah dikeluarkan notis untuk diuji semula di Puspakom.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI