fbpx

Kucing jatuh dari tingkat 10, mendarat dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor kucing berdepan detik cemas apabila terjatuh dari tingkat 10 sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur petang tadi.

PETALING JAYA-Seekor kucing berdepan detik cemas apabila terjatuh dari tingkat 10 sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur petang tadi.

Saksi kejadian berkata, dia terdengar bunyi sesuatu melanggar sengkuap sebelum terdengar bunyi hentakan di kawasan parkir bawah pangsapuri tersebut.

Kucing itu difahamkan memanjat balkoni sebelum terjatuh.

Haiwan itu kemudian terpelanting ke bahagian tingkap ‘sun roof’ sebuah kereta sehingga pecah dan mendarat di dalam kereta tersebut.

Difahamkan kucing itu telah dihantar ke sebuah klinik haiwan untuk pemeriksaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI