fbpx

Isteri penyanyi rap dakwa suami curang dengan wanita lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar rap lelaki yang didakwa curang.

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, seorang wanita dipercayai isteri kepada seorang penyanyi rap popular tampil mendedahkan kecurangan suaminya.

Pendedahan mengejutkan tersebut dikongsi wanita berkenaan menerusi InstaStorynya dengan mengatakan rumah tangga mereka berantakan selepas dia mengetahui hubungan sulit si suami.

Bahkan, dia juga sudah menghalau suaminya dari rumah kerana tidak tahan dengan penipuan selama ini.

“Aku halau keluar dari rumah sebab uaku tengok video kau memb*nt*t dengan betina sun**l kau.

“Dalam kereta siap ada beg pakaian lengkap dengan seluar dalam kau dan berus gigi. Kau tak bawa masuk rumah sebab sebelum itu tinggalkan anak bini berminggu-minggu semasa perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebab nak jaga b**i kau di The Fennel,” tulisnya.

Antara yang status yang dimuanaik isteri penyanyi rap terbabit.

Tulisnya lagi, dia turut mengatakan suaminya itu telah empat kali melafazkan cerai terhadapnya sebelum ini.

“Hendak cakap aku jangan jadi isteri kurang ajar. Kau dah lafaz cerai empat kali semua sebab sun**l kau.

“Sebab aku diam selama ni. Makin lama makin teruk. Bila aku bersuara, aku yang salah. Kau buat aku macam musuh,” katanya.

Malah, si isteri juga memberitahu dia pernah merayu sehingga melutut di kaki suaminya itu sebelum ini agar kembali kepadanya dan anak-anak.

“Aku merayu melutut kat kaki kau ketika belum habis pantang, minta kau fokus kepada keluarga ini kerana anak-anak masih kecil.

“Kau keluar empat jam pergi The Fennel cakap nak putuskan tetapi lepas balik kau beritahu aku yang kau dan dia nak kahwin 10 Ogos ,” tulisnya lagi.

Dakwanya lagi, penyanyi rap itu juga sanggup meninggalkan keluarga yang sedang sakit demi menjaga teman wanitanya.

Selain itu, wanita tersebut juga mendakwa suaminya sering memberitahu keluarga ialah satu beban buatnya.

“Keluarga ini satu beban buat kau. Itu yang kau sering ulang pada aku bertahun-tahun,” dakwanya lagi.

Isteri penyanyi rap yang pernah bertanding dalam Anugerah Juara Lagi itu bagaimanapun tidak mendedahkan identiti kekasih suaminya.

Dia juga tidak berkongsi status terkini rumah tangga mereka walaupun mendakwa telah dilafazkan cerai sebanyak empat kali. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI