fbpx

160,000 pekerjaan baharu bakal diwujudkan tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat kedua NEC secara sidang video hari ini.

PUTRAJAYA – Lebih 160,000 pekerjaan baharu bakal diwujudkan tahun ini melalui koordinasi rapat antara kerajaan dan industri di bawah inisiatif Majlis Pekerjaan Negara (NEC).

Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, kerajaan optimis sasaran yang ditetapkan dapat dicapai memandangkan strategi yang dirangka turut mengambil kira kepatuhan terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan norma baharu.

Menurutnya, antara inisiatif dengan norma baharu adalah penganjuran sebanyak 200 sesi webinar serta 180 sesi temuduga secara dalam talian.

“Pelbagai promosi turut dijalankan bagi memastikan rakyat mendapat maklumat seterusnya memanfaatkan peluang yang ditawarkan.

“Setiap Pasukan Petugas Khas (STF) juga akan bekerjasama dengan pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan setiap pelaksanaan bersifat inklusif,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

PMO berkata, terdahulu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat kedua NEC secara sidang video dengan 10 tokoh daripada sektor korporat, industri dan pendidikan yang telah dilantik secara tetap.

Antara yang terlibat mesyuarat itu ialah Pengerusi Petronas merangkap Pro Canselor Universiti Teknologi Petronas, Tan Sri Ahmad Nizam Salleh; Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Datuk Shahril Ridza Ridzuan; Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tengku Muhammad Taufik dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI