fbpx

Rampas RM300,000 dadah dalam but kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Habibi (dua dari kanan) menunjukkan pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM300,000 yang dirampas dari seorang lelaki di kawasan tempat letak kereta Flat Kepayan Ridge, Jalan Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada Jumaat lalu.

KOTA KINABALU – Pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM300,000 dirampas berikutan penahanan seorang lelaki di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Manjiji berkata, suspek berusia 35 tahun itu merupakan warga tempatan.

“Suspek ditahan di kawasan tempat letak kereta Flat Kepayan Ridge, Jalan Hospital Queen Elizabeth pada pukul 4.50 petang, Jumaat lalu.

“Penahanan suspek itu dibuat hasil risikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah.

“Hasil soal siasat membawa kepada penemuan pelbagai jenis dadah yang disembunyikan di dalam but sebuah kereta jenis Proton Waja yang dinaiki suspek,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu hari ini.

Turut hadir Ketua JSJN Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah.

Mengulas lanjut, Habibi berkata, antara dadah yang dirampas ialah 3,558 gram (g) syabu, ketamin (1,000g), serbuk jus (109 peket), ekstasi (746 biji pil), serbuk ekstasi (337 gram), eramin 5 (240 biji pil) dan 40 dadah jen’mushroom’.

Nilai keseluruhan dadah dianggarkan RM280,088.

Kesemua dadah dibawa masuk dari negeri jiran melalui jalan darat dan kurier.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI