fbpx

Abang Abdul Azeez dilepas tanpa dibebaskan tuduhan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas tanpa membebaskan (DNAA) abang bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji daripada tuduhan bersubahat dengan adiknya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung kes rasuah  beberapa projek pembinaan lebuh raya dan naik taraf jalan raya.

Hakim Azura Alwi memutuskan demikian terhadap Datuk Abdul Latif Abdul Rahim, 63, selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi membolehkan tertuduh dijadikan saksi pendakwaan bagi perbicaraan Abdul Azeez.

Timbalan Pendakwa Raya, Adam Mohamed memberitahu, pihak pembelaan menyerahkan dua representasi kepada pihak pendakwaan tiga bulan lalu untuk menggugurkan pertuduhan.

Beliau memberitahu, Jabatan Peguam Negara mempertimbangkan representasi itu dan mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan hari ini.

Pada prosiding yang berlangsung di mahkamah terbuka itu, peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Abdul Latif membantah permohonan DNAA daripada pihak pendakwaan.

Ujar peguam bela, anak guamnya sepatutnya dilepas dan dibebaskan (DNA) bukannya DNAA.

“Jika pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan pertuduhan, tertuduh patut diberi DNA, kerana ia tidak adil. Anak guam saya beranggapan dia akan dituduh semula,” katanya.

Dalam pada itu, Adam memberitahu, Mahkamah Tinggi turut menangguhkan perbicaraan kes dua beradik itu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan Abdul Azeez untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu permohonannya untuk membatalkan 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram didengar di Mahkamah Tinggi pada 23 Februari ini.

Dilaporkan, Abdul Azeez tidak hadir di mahkamah hari ini dan peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakilinya mengemukakan sijil sakit bertarikh 5 hingga 11 Februari.

Abdul Azeez, 54, yang juga Ahli Parlimen Baling, menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram mencecah jutaan ringgit.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abdul Azeez didakwa melakukan kesalahan itu di Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

Pada 16 Januari 2019, Abdul Latif mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan bersubahat dengan Abdul Azeez menerima rasuah berjumlah RM4 juta.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI