fbpx

Stadium Malawati jadi CAC mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stadium Malawati.

SHAH ALAM – Stadium tertutup Malawati akan beroperasi sebagai Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) bermula esok.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata CAC berkenaan akan menggantikan CAC Dewan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di SS15 bagi daerah Petaling.

Katanya, pengoperasian itu susulan kapasiti stadium itu yang boleh menampung lebih ramai pesakit Covid-19.

“CAC Stadium Malawati boleh menempatkan sehingga 1,500 pesakit berbanding Dewan MPSJ yang mempunyai kapasiti seramai 500 pesakit sehari.

“Keputusan ini dibuat berikutan jumlah kes baharu di daerah Petaling yang meningkat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Setakat semalam, jumlah kumulatif kes di Petaling mencecah 19,609 merangkumi mukim Bukit Raja, Damansara, Petaling, Sungai Buloh dan penjara.

Kata beliau, CAC berkenaan akan beroperasi Isnin hingga Sabtu sahaja dan berperanan menilai pesakit Covid-19 sebelum menempatkan mereka di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Serdang atau hanya diarahkan menjalani kuarantin di rumah.

Selain itu, menjalankan penilaian dan pelepasan kepada kes POSITIF yang telah melebihi 10 hari.

“CAC juga turut beroperasi di lapan daerah lain seperti di Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Gombak, Hulu Selangor, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI