fbpx

Aeril Zafril terkena sihir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Objek misteri yang dipercayai kaitan dengan sihir yang dihantar kepada Aeril, Zafrel.

PETALING JAYA – Pelakon popular, Aeril Zafrel mengakui pernah menjadi mangsa perbuatan sihir daripada orang yang mungkin tidak puas hati dengan kehidupannya.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 33, bagaimanapun berkata, sihir yang ditujukan buat diri dan seluruh anggota keluarga sekitar awal Januari lalu bagaimanapun telah berjayakan dihentikan.

“Sebenarnya sihir itu ditujukan pada seluruh ahli keluarga,  Alhamdulillah Allah SWT selamatkan kami daripada menjadi lebih teruk,” luah Aeril.

Selepas mendapatkan rawatan daripada seorang pakar perubatan Islam di Selangor, Aeril bersyukur kerana dia dan keluarganya terselamat daripada terkena ilmu sihir berkenaan.

Menerusi hantaran dalam Instagramnya, suami kepada pelakon Wawa Zainal itu turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa hati dengannya sehingga tergamak melakukan percubaan sihir terhadap ahli keluarganya.

“Barangkali ada salah dan khilaf yang saya tak sedari, saya dengan rendah hati memohon maaf pada pihak yang terasa hingga tergamak melakukan percubaan sihir ini,” katanya yang turut memaafkan individu yang menganiayanya itu.

Akibat sihir tersebut, Aeril pernah menjadi panas baran, badan berasa panas, sakit pinggang dan sering mengalami mimpi yang pelik.

Bagaimanapun kata Aeril, sehingga kini kesan perbuatan sihir tersebut masih boleh dirasai dan dia disarakan terus mengamalkan perkara yang disuruh ketika berubat untuk memutuskan sihir berkenaan.

Terdahulu, menerusi satu hantaran foto yang dimuat naik dalam Instagramnya, bapa kepada tiga orang anak itu berkongsi beberapa objek berupa tangkal yang diletakkan di atas kain berwarna kuning bertujuan untuk menyihir diri dan ahli keluarganya.

“Setiap orang ada ujian, cubaan dan dugaan masing-masing. Hanya dengan pertolongan Allah SWT sahaja segalanya dipermudahkan jalan keluarnya dan mampu dihadapi dengan tenang.

“Begitu juga dengan saya. Alhamdulillah Allah SWT hantarkan bantuannya menerusi orang yang arif. Saya dan keluarga terselamat daripada permainan ilmu sihir ‘seseorang’ baru-baru ini,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Pelakon drama Tercipta Satu Ikatan itu ketika dihubungi memberitahu, buat masa ini dia tidak dapat menceritakan secara menyeluruh tentang perkara yang menimpa keluarganya itu atas nasihat pakar perubatam yang ditemuinya untuk mendapatkan rawatan.

“Maaf, buat masa ini saya tidak dapat menjelaskan lebih lanjut tentang perkara ini atas sebab-sebab tertentu,” katanya kepada Kosmo!

Kata Aeril, dia memuat naik hantaran tersebut bertujuan untuk memberitahu individu yang melakukannya supaya bertaubat kerana melakukan kezaliman terhadap diri dan keluarganya.

“Perkara ini melibatkan anak-anak saya yang tidak tahu apa-apa. Moga dia sedar dan insaf. Saya juga diberitahu siapa yang melakukan perbuatan tersebut. Bagaimanapun jika ada datang meminta maaf atas perbuatannya, saya akan maafkan,” jelas Aeril. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI