fbpx

Wanita, anak OKU kuarantin kendiri di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar daripada klip video yang tular di laman sosial.

KUALA LUMPUR- Wanita mendakwa isteri kepada seorang pesakit Covid-19 yang dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menjalani kuarantin kendiri di rumah bersama seorang anak orang kelainan upaya (OKU).

Pengerusi Surau Al Hidayah Pangsapuri Cemara, Harun Maisoan @Selamat berkata, turut kuarantin kendiri di dalam rumah itu ialah dua orang lagi anaknya.

“Kami difahamkan keempat-empat mereka positif Covid-19 dan perlu kuarantin kendiri di rumah berikutan keadaan pusat kuarantin setempat telah penuh.

“Sebenarnya, pihak surau telah menyalurkan bantuan kepada keluarga dijangkiti Covid-19 sejak awal tahun ini termasuk kepada Noraliza Mustafa,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.

Katanya, pihaknya akan mengagihkan bantuan diberikan kepada wanita itu bermula malam dengan menggunakan kaedah tertutup.

“Kami akan meletakkan bantuan itu di hadapan rumahnya dan akan memaklumkan kepada Noraliza untuk mengambilnya. Jadi, tiada sentuhan dan jarak fizikal dapat dijalankan,” katanya.

 

Bantuan susulan oleh Kedai MAIWP dan Baitulmal MAIWP.

 

Terdahulu, beberapa pihak seperti Food Bank Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Bandar Tun Razak tampil memberi bantuan kepada Noraliza selepas kisahnya tular di laman media sosial.

Bagaimanapun, usaha Kosmo! mendapatkan reaksi wanita terbabit tidak berhasil berikutan dia enggan memberikan sebarang kenyataan ketika ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI