fbpx

Siapa lebih cantik, Uyaina atau model Turki?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UYAINA dan Ozge Torer.

Nama pengacara pelakon dan pengacara terkenal Uyaina Arshad menjadi sebutan ramai apabila netizen mendakwa wajahnya persis seorang model terkenal Turki, Ozge Torer.

Perkara berkenaan dicetuskan oleh seorang netizen yang memuat naik foto pengacara Wanita Hari Ini itu dan Ozge dalam Twitter.

Dalam ciapannya, individu itu mengatakan Ozge sangat persis Uyaina tetapi versi negara Arab.

“Uyaina Arshad versi Turki, “ tulisnya.

Susulan ciapan tersebut, ramai memaklumkan kepada Uyaina perihal perkongsian berkenaan.

Rata-ratanya mengatakan bentuk mata dan kening Uyaina sama dengan model cantik itu.

Tidak lama kemudian, Uyaina membalas semula ciapan tersebut dengan menyatakan bahawa mungkin wajah mereka kelihatan hampir sama kerana mempunyai kening yang tebal.

“Sama ke? Macam lain saja. Mungkin kalau nampak kening saya, samalah sikit sebab jenis sebaris dan tebal,” tulis Uyaina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI