fbpx

Polis Johor bongkar makmal, dadah RM5.06 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan menunjukkan peralatan yang disyaki digunakan untuk memproses dadah jenis ketamin di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya membongkar makmal memproses dadah dalam serbuan di kawasan perindustrian Desa Cemerlang di sini malam Ahad lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam serbuan pada pukul 9.40 malam itu, pelbagai jenis dadah dirampas bernilai RM5.06 juta.

Tegasnya, enam suspek berjaya diberkas merupakan warga tempatan berusia 34 hingga 38 tahun.

“Pelbagai peralatan memproses dadah jenis ketamin turut dirampas antaranya mesin dan prekusor,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI