fbpx

PGA Bridged Tengah tahan enam orang dipercayai terlibat sindiket pengedaran arak serta rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang yang dirampas PGA

PETALING JAYA – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah menahan enam orang termasuk seorang warga tempatan dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran arak serta rokok dalam tiga serbuan di sekitar Sungai Besi dan Puchong Jumaat lepas.

Sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Risik Briged Tengah PGA Cheras telah melakukan kesemua serbuan terbabit dan menahan seorang lelaki tempatan, tiga lelaki dan dua perempuan warga Myanmar berusia 29 hingga 52 tahun.

Komander PGA Briged Tengah, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim, berkata, sebanyak 454 kotak arak jenis beer dan 78 kotak arak jenis whisky pelbagai jenama berjaya dirampas dalam kesemua serbuan tersebut.

“Selain itu, PGA Bridged Tengah turut merampas sebanyak 450 kartun rokok pelbagai jenama melibatkan 90,000 batang rokok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Risik Batalion 6 Muar, telah membuat serbuan keatas sebuah premis di sekitar Bukit Gambir, Muar, Johor, pada hari yang sama.

“Seramai lima orang lelaki tempatan dan empat lelaki warga Indonesia, berusia antara 17 hingga 50 tahun ditahan.

“Dalam serbuan yang dijalankan pihak kami berjaya merampas 36 tong peti arak jenis Whisky pelbagai jenama,” ujarnya.

Katanya, jumlah keseluruhan rampasan dalam semua serbuan bernilai sekitar RM1.8 juta.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967, Seksyen 6 (1) Akta Imegresen 1959/63, dan Seksyen 74 Akta Aksis,” ujarnya.

Jelasnya, kesemua serbuan itu telah berjaya melumpuhkan sebuah sindiket pengedaran arak jenis beer dan whisky, serta rokok tanpa cukai disekitar daerah Lembah Klang dan Muar, Johor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI