fbpx

MOTAC, JTKSM laksana inisiatif penempatan sementara pekerja di hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) melaksanakan inisiatif penempatan sementara pekerja di hotel mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Akta 446).

MOTAC dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dicapai semasa sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pengurusan Covid-19 pada 26 Januari lalu.

Katanya, susulan itu, perbincangan bersama wakil persatuan penggiat industri perhotelan dan bas persiaran telah diadakan pada 4 Februari lalu bagi mendapatkan pandangan dan cadangan pelaksanaan inisiatif tersebut.

“Usaha proaktif kerajaan ini bertujuan untuk menangani penularan wabak Covid-19 yang berpunca daripada kluster tempat kerja khususnya yang melibatkan penginapan pekerja,” katanya di sini hari ini.

MOTAC berkata, inisiatif itu merupakan alternatif terbaik pada masa ini yang secara tidak langsung dapat membantu kelangsungan perniagaan pengusaha hotel yang terjejas akibat penularan wabak pandemik di negara ini.

Justeru, katanya, permohonan adalah terbuka bagi hotel yang berminat dan memenuhi syarat di bawah Akta 446.

Katanya, hotel yang telah berdaftar dengan MOTAC hanya perlu mengemukakan permohonan secara terus menerusi e-mel [email protected].

“Bagi yang belum, perlu mendaftar dengan MOTAC terlebih dahulu di www.spip.gov.my sebelum permohonan dipanjangkan kepada JTKSM,” katanya.

Katanya, skop hanyalah melibatkan penginapan bilik, tidak termasuk kos air, elektrik, dobi serta kemudahan lain.

“Bagaimanapun pihak majikan boleh mendapatkan kemudahan lain yang berkaitan dengan tambahan kos yang dirunding bersama pihak hotel,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI